Setelah saya menonton tips Suze Orman financial expert yang selalu keluar dalam Oprah Winfrey Show berkenaan kad kredit saya rasa amat penting untuk dikongsikan bersama di rahsiaebiz.com ini. Ada sebahagian subscriber dan pengunjung web saya ini juga mengalami masalah hutang kad kredit yg serius, dan saya tertarik dgn banyak tips yang dijelaskan oleh Suze Orman bahawa kad kredit ini adalah satu senjata bank untuk mengaut untung dari pelbagai golongan umur tidak kira tua atau muda. Sebab saya sendiri pun sering mendapat call dari pelbagai jenis bank untuk menawarkan kemudahan kad kredit dan siap offer pelbagai hadiah menarik. Namun alasan saya mudah saja, sila call semula saya tengah meeting sekarang, kendian bila dorang call semula no yang sama atau curiga saya hanya cancel saja.. hehe :)
Saya sekarang hanya ada 1 jenis credit card (cc) dan 1 jenis debit card (dc) sebagai kegunaan untuk online payment mahupun lain-lain keperluan yang relevan. Tak perlu ada banyak cc ini kerana untuk menguruskan secara sistematik kita perlu memilih yang paling praktikal digunakan. Misalnya saya ambil cc Maybank Islamic Ikhwan yang mmg syariah compliant serta memudahkan urusan jual beli secara kredit. Manakala dc saya gunakan Public Bank Debit Card untuk urusan jual beli di Internet. 2 jenis card ini sudah memudahkan urusan (Internet Marketer) IM saya selama ini, kalo guna cc saya selalu praktikkan tips Suze Orman dan pelbagai petua menggunakan credit card dgn bijaksana :
Guna cc dan bayar penuh dalam masa 2 minggu. Misalnya kita swipe RM5000 dan dalam masa 14 hari kita boleh bayar penuh dan tidak dikenakan interest. Saya amalkan ini semasa swipe RM4700 untuk bisnes IRC dan pulangan semula dalam masa 2 minggu bole settle. Manfaatnya kita dapat run business sambil dpt untung dan tidak dikenakan interest berbanding buat personal loan yang banyak interest.
Jangan bayar minimum setiap bulan bagi penggunaan kad kredit anda. Suze Orman menjelaskan kalo bayar minimum setiap bulan bagi penggunaan kad kredit $1000usd maka ia akan mengambil masa 16 tahun untuk langsai hutang tersebut. So jangan sesekali amalkan pembayaran minimum, elakkan diri anda dipermainkan oleh pihak creditors. Elok bayar lebih dan langsaikannya secepat yg mungkin.
Jangan guna cc sekiranya x mampu menanggung kos pembelian anda berbanding pendapatan. Inilah penyakit orang kita sekarang anggap cc ini mcm duit percuma dan boleh sesuka hati berbelanja. Padahal cc ini merupakan satu jerat bank jika kita tidak bijak menggunakannya. Saya guna cc bila ada 'surplus' dan bertujuan relevan dengan pendapatan yang dapat setiap bulan. Jangan beli sesuatu yang tak dapat pulangan ataupun yang tiada 'added value' bagi pendapatan anda. Tambah lagi jgn guna credit card kalo setiap bulan anda sentiasa defisit. Sebaliknya cari alternatif untuk tambah pendapatan supaya ia boleh jadi surplus.
Bayar card credit secara cepat & mudah di online banking. Misalnya saya guna cc Maybank Islamic Ikhwan boleh lihat statement online dan bayar dengan Maybank2u sahaja. Ini menjimatkan masa dari pergi ke ATM atau bank in malah anda boleh monitor pembayaran secara real-time tanpa menunggu statement yang dicetak dan dipos ke rumah.
Rancang kewangan anda setiap masa dengan sistematik. Bagi orang yang sentiasa terlibat dalam bisnes sudah tentu perlu menyemak 'cash-flow' setiap masa supaya boleh forecast keadaan kewangan untuk merancang bisnes lebih baik. Saya selalu buat financial management dalam MS Excel dan MoneyDance. Oleh dengan itu kita boleh buat keputusan bijak jika perlu berbelanja dengan cc atau dengan cash. Guna cc dengan penuh bertanggungjawab, bukan ikut nafsu sebaliknya mengetahui risiko dan potensi yang boleh diraih dengan penggunaan yang betul.
Bagi yang dah berjaya mengetahui rahsia card credit ini sudah tentu dapat points banyak yang boleh redeem pelbagai hadiah. Ini satu kelebihan cc, manakala bagi debit card pula ia memudahkan kita merancang perbelanjaan berhemat, belanja apa yang kita ada tanpa terlebih belanja. Anda boleh guna kedua-duanya asalkan bertanggungjawab dan cermat. Duit anda adalah amanah yang dikurniakan Allah, gunakannya sebaik-baiknya di jalan yang betul. Elakkan pembaziran dan jadilah orang yang sentiasa bersyukur.. :)
|
Satu Malaysia::
Saturday, August 22, 2009
Ramadhan Kembali
Ramadhan Bulan Penuh Barakah..Satu Malaysia memulakan ibadat puasa hari ini...Semoga dibulan berkat ini, segala pergolakan dan musibah Allah kita hayati. Ancaman terbesar kita hari ini ialah H1N1...ayuh kita berdoa di bulan Ramadhan penghulu segala bulan agar ALLAH menyelamatkan kita dari wabak ini...
|
Satu Malaysia::
Friday, August 21, 2009
Anugerah Merdeka 2009
Ulangtahun kemerdekaan semakin hampir..Satu Malaysia akan meraikannya....satu anugerah yang diangkat sebagai anugerah terulung di Malaysia mengatasi Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu dan sekapalnya dengannya, ialah Anugerah Merdeka yang diberikan kepada insan yang telah byk menyumbangkan jasa dan ilmu utk Negaraku Malaysia..
Sempena Hari Merdeka 2009, 4 nama pemenang Anugerah Merdeka:
1.Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr. Zaini Ujang bagi Pencapaian Ulung Akademik
Pencapaian Ulung Akademik berikutan sumbangannya dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemuliharaan sungai dan ekologi industri.
2.Pensyarah Jabatan Kimia UTM, Profesor Dr. Halimaton Hamdan, 53, turut menerima Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Ia mengiktiraf kejayaan Halimaton menghasilkan ‘Maerogel’ iaitu sejenis ‘aerogel’ daripada sekam padi sekali gus mengurangkan 80 peratus kos penghasilannya.
3 dan 4. Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti pula dimenangi secara bersama oleh dua tokoh wanita iaitu Tun Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Ghan.
Fatimah, 85, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kabinet dan tokoh pejuang hak wanita.
Mereka semua sepatutnya dan layak dihargai diatas sumbangan kepada negara tetapi abe masih lagi menunggu seorang pejuang yang boleh memerdekakan negara dari rasuah, salahgunakuasa, penyelewangan, sekularisme, rasisme dan chauvistme...beliau akan menjadi penerima Anugerah Merdeka sepanjang hayat...Merdeka Merdeka Merdeka! Siapakah dia?
|
Satu Malaysia::
Thursday, August 20, 2009
BN: Masih Belum Belajar...
Malaysia sekali lagi berhadapan dengan pilihanraya...sekarang ini rakyat malaysia di momokkan dgn pelbagai agenda politik sempena pilihanraya kecik Permatang Pasir..
Sekarang ini isu yang paling 'hot' untuk direnungi ialah berkenaan dgn calon BN yang menghadapi masalah integriti...masalah kepercayaan dan keikhlasan...seorang yng pecah amanah dan dilucutkan dari badan profesional (Majlis Peguam) telah ditabalkan sebagai calon BN..
Persoalannya? adakah BN masih belum insaf..UMNO masih belum belajar dari sejarah pilihanraya lepas..atau adakah sudah tiada calon berkaliber dalam saf UMNO....
Sedih gak mengenangkan UMNO setelah 52 tahun merdeka...
Gagasan satu Malaysia akan menjadi slogan indah jika pemerintah masih mengamalkan politik sampah.. |
Satu Malaysia::
Monday, August 17, 2009
Lagu: Satu Malaysia
Berdiri teguh di bumi Nyata pupuk semangat satu Malaysia Sepakat rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
Perpaduan mendapat rahmat Toleransi kaum amalan bersama Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan Tanggungjawab kita semua Jadi teras bangsa mulia Kita bina Satu Malaysia
Korus: Satu Malaysia jadi pegangan Rukun negara teras panduan Satu Malaysia benteng negara Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus (4x)
Satu Malaysia untuk semua
Sebuah lagu yang mempunyai senikata dan muzik yang bersemangat...sebuah lagu patriotik yang baik...mungkin kena alih bahasa tamil, mandarin, arab, siam, org asli, dayak, kadazan dll...namapun satu malaysia.... |
Satu Malaysia::
Saturday, August 15, 2009
Konsep Satu Malaysia
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
Ini adalah petikan dan definisi konsep satu Malaysia yang telah digagaskan oleh PM Malaysia DS Najib. Secara teori nya...bila kita merujuk konsep satu Malaysia, mmg menarik dan hebat..tetapi persoalannya adakah gagasan akan hanya menjadi retorik politik seperti nasib yang menimpa "Islam Hadhari" yang telah tamat riwayatnya selepas pilihan raya yang lepas....
Konsep Satu Malaysia masih menjadi tanda tanya adakah ianya sebagai pelengkapan RukunNegara dan Perlembagaan Malaysia yng menjamin hak dan perpaduan setiap kaum di Malaysia...apakah rakyat boleh memahami dan menghayati konsep ini...
Adakah jaminan satu Malaysia akan menjaga hak bumiputra dan org melayu?
Adakah satu Malaysia tidak meminggirkan majoriti bumiputra yang masih dalam kemiskinan?
atau sekadar meraih populariti utk pilihanraya akan datang?
|
Satu Malaysia::
2 tahun berlalu....
2 tahun berlalu..blog ini sepi tanpa coretan.....tanpa tinta dan informasi..untuk dikongsi dalam pelbagai dimensi kehidupan...blog yang sepatutnya berkongsi pelbagai ceritera kehidupan manusia...aku akan cuba kuatkan semangat..menghidupkannya! |
Satu Malaysia::
Friday, January 19, 2007
Bayi berkata-kata
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.” Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa. Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya. Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.” Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.” Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.” Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.” Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah. Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.” Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya. Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.” Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda: “Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.” Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.” Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa. Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya. Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.” Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.” Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.” Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.” Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah. Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.” Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya. Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.” Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda: “Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.” |
Satu Malaysia::
Gabenor Yang Hodoh
Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya. Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik. Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya: Semasa Yazid mentadbir Khurasan,semua wajah kelihatan ceria.pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya berwajah hodoh dan menakutkan. Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya. Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya. “Dengan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?” Tanya Qutaibah. “Dengan wajah yang kugunakan untuk berjumpa dengan Tuhanku, tapi Dia lebih banyak berbuat baik terhadapku daripada aku berbuat baik kepada-Nya. Dia tidak marah. Padahal kesalahanku kepadanya lebih banyak jika dibandingkan dengan kesalahanku kepadamu.” Qutaibah tertawa dan suka mendengarkan alasan si penyair itu, maka dia pun dibebaskan. |
About Me
My name is KAWE
My favorite things to do are:
SURFING INTERNET
I am Malaysian.
I am 27 years old